Komponen Utama Revolusi Perindustrian Ke-4
Untuk
merealisasikan revolusi ini, terdapat 9 tonggak utama dalam membangunkan
teknologi ke arah pembaharuan dan lebih pintar;
Robotik Autonomi
(Autonomous Robot)
Penggunaan robot
dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini
kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan
berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh
dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan
beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia.
Simulasi (Digital
Twin)
Sistem simulasi
akan lebih dibangunkan untuk bersifat ‘real-time’ samada dalam penggunaan mesin,
penciptaan objek maya manusia ataupun produk. Sekaligus akan mengoptimumkan
kendalian program dibawah pengawasan, mengurangkan potensi masalah yang bakal
berlaku dan menjimatkan masa serta tenaga kerja.
Teknologi awan
(Cloud computing)
Banyak syarikat
telah pun melaksanakan teknologi ini dan akan terus ditambah baik potensi dalam
penyimpanan data di Industri 4.0 kerana kebanyakannya seperti Digital Twin dan Internet
of Things memerlukan perkongsian data di seluruh mesin, tapak dan sempadan
syarikat. Dengan peningkatan teknologi awan, lebih banyak mesin dan data
pengeluaran akan dikerahkan ke awan yang akan menghasilkan penyampaian
perkhidmatan yang lebih baik dan memastikan keberadaan data pada bila bila masa
sahaja.
Integrasi Sistem
Walaupun sistem
IT hari ini jauh daripada terintegrasi sepenuhnya, dengan Industri 4.0,
syarikat, jabatan, fungsi, pembekal dan pelanggan akan menjadi lebih kohesif
dan bersambung. Dengan integrasi sistem mendatar dan menegak, maklumat dan
pengetahuan akan dapat berjalan lancar melalui keseluruhan rangkaian bekalan
dan meningkatkan kerjasama antara industri R & D , pihak pengeluaran,
pelanggan dan pembekal. Ini bermaksud, segala yang berkaitan akan bersambung
untuk memudahkan urusan pihak tertentu dan mencapai objektif kelancaran sistem
pengeluaran.
Industri
Teknologi Peranti Pintar (Internet of things)
Ia boleh
dihuraikan sebagai rangkaian peranti yang mempunyai kecerdasan tersendiri, yang
membolehkan komunikasi antara mesin atau peranti. Ia menggabungkan pembelajaran
mesin, teknologi big data, data sensor, mesin untuk komunikasi dan teknologi
automasi. Berbanding manusia, mesin pintar yang terhubung dapat mengumpul
dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat dan konsisten.
Sekuriti Siber
Dengan peningkatan
teknologi rangkaian, risiko ancaman siber dan serangan siber juga akan
meningkat. Oleh itu, adalah penting setiap syarikat untuk memberi tumpuan
kepada keselamatan siber dan mengetahui bagaimana mereka boleh melindungi data
mereka dan meminimumkan risiko yang berkaitan.
Pembuatan Additif
(Percetakan 3D)
Pembuatan bahan
tambahan Industri 4.0 seperti percetakan 3D akan digunakan untuk menghasilkan
produk berbingkai yang lebih kecil mengikut kesesuaian dengan berat
yang ringan atau reka bentuk kompleks, prototaip dan banyak lagi.
Realiti Maya
(Augmented Reality)
Industri ini akan
memainkan peranan penting dalam industri 4.0, kerana ia dapat membantu
menyediakan maklumat visual yang tepat dalam masa yang tepat kepada orang yang
tepat dan di tempat yang tepat.Penyelesaian ini boleh digunakan dengan
peranti handhold seperti telefon pintar dan tablet, atau bersepadu dalam produk
seperti cermin mata atau lain-lain. Teknologi ini akan memberikan lebih banyak
kelenturan, kesesuaian, peningkatan dan daya saing faktor manusia dan
penambahbaikan yang berterusan. Ini juga akan membawa kepada pengurangan
kecacatan dalam gerak kerja yang sesuai untuk industri perkhidmatan dan
penyelenggaraan, dan mengurangkan potensi ‘error’ dalam melatih teknologi ini
kepada pekerja baru.
Analisis data
besar (Big data)
Data besar telah
menjadi kata kunci popular, yang mungkin anda jumpai selama beberapa tahun ini.
Syarikat-syarikat telah mula mengumpul dan menganalisis set data besar dengan
niat untuk mengoptimumkan kualiti pengeluaran, penjimatan tenaga, mengurangkan
kos pengeluaran dan lain-lain. Dengan peningkatan bilangan sensor bersepadu ke
arah memudahkan pengilangan mesin dan produk, ia akan dapat meningkatkan
kuantiti juga kualiti data. Dengan analisis data yang besar, ia akan dapat
mengekstrak maklumat berharga daripada set data yang besar dan mencapai
perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan kualiti produk dalam masa yang lebih
singkat serta mengurangkan kos.
Sumber rujukan:
https://www.weforum.org/about/the-fourth-industrial-revolution-by-klaus-schwab
https://bendahari.ump.edu.my/index.php/en/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan