Jumaat, 13 Januari 2023

Kesan Revolusi Industri4.0

Revolusi peindustrian telah membawa banyak perubahan terhadap sektor perindustrian. Namun hal yang demikian, perubahan tersebut membawa ke arah sama ada impak positif mahupun sebaliknya. 

Kesan Ekonomi

Pada zaman revolusi industri 4.0, perkembangan teknologi negara akan lebih maju serta menarik orang luar untuk berkolaborasi bersama dengan syarikat yang ditawarkan di Malaysia. Dengan cara ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada pendapatan ekonomi negara kerana hasil keluaran industri lebih cepat disebabkan oleh perkhidmatan robot. Manakala pada kesan negatif akan menyebakan kekurangan pekerjaan terhadap manusian kerana apabila menggunakan robot perkejaaan akan lebih cepat disebabkan mereka tidak rasa kepenatan untuk menjalankan kerja.


Perdagangan Antarabangsa Meningkat

Sudah terang lagi bersuluh, revolusi perindustrian 4.0 juga memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan. Sebagai analoginya, sesetengah hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk dengan membuat promosi melalui internet supaya dapat meluaskan pasaran.

 

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PERINDUSTRIAN 4.0


Penggunaan Teknologi yang Rendah

Antara cabaran yang dihadapi oleh negara kita Malaysia dalam mencapai kemajuan dalam Revolusi Perindustrian 4.0 adalah negara kita masih tidak mampu untuk menonjol apabila bersaing dengan negara maju seperti China, Korea, Jepun dan negara-negara lain di mana negara maju tersebut ini merupakan negara yang kaya dengan bidang teknologi yang canggih disebabkan oleh penggunaan serta kemahiran dalam bidang teknologi yang rendah oleh rakyat Malaysia. Hal ini demikian rakyat Malaysia pada masa kini masih belum menguasai kemahiran ICT (perkomputeran) dengan baik, malah masih belum mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak mengenai sains dan teknologi. Ini menyebabkan negara kita masih bergantung kepada teknologi daripada luar negara yang mempunyai teknologi yang maju serta moden kerana negara kita masih belum berusaha untuk membangunkan teknologi tersendiri.

 

Selain itu, negara ini juga mempunyai kekurangan bilangan tenaga kerja yang mahir untuk berkhidmat di dalam bidang perindustrian. Malaysia belum berusaha untuk melahirkan golongan tenaga kerja yang mahir sepertimana di negara lain yang telah mencapai kemajuan dalam pembangunan teknologi pada zaman era pemodenan ini. Ini menyebabkan negara kita masih bergantung kepada negara luar untuk menampung jumlah tenaga kerja mahir dari luar negara. Hal ini demikian kerana kerajaan Malaysia masih belum membuat persediaan yang cukup mengenai kemahiran tenaga kerja dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 yang mengakibatkan negara kita masih berada dalam kedudukan yang tercorot dalam bidang kemahiran tenaga kerja serta teknologi moden. 

Seterusnya, negara kita juga mempunyai masalah dari segi mengukuhkan kewangan negara. Nilai mata wang negara akan mengalami kejatuhan nilai mata wang, kenaikkan nilai mata wang ataupun nilai mata yang  kukuh. Terdapat beberapa pendapat netizen yang menganggap bahawa kerosotan nilai mata wang merupakan sebuah petanda buruk dalam pasaran saham negara, malah ada juga yang berpendapat bahawa nilai mata wang yang stabil adalah lebih baik. Sebaliknya, sesebuah industri tidak mampu untuk berdaya saing dengan negara luar yang jauh lebih maju seperti Jepun, secara tidak langsung akan mengakibatkan pekerja kilang atau industri kehilangan pekerjaan sekiranya nilai mata wang kukuh dalam sistem ekonomi sebenar. Selanjutnya, negara kita akan mempunyai masalah dalam usaha untuk menarik pelabur asing untuk melaksanakan pelaburan di Malaysia, hal ini kerana kita masih mempunyai modal yang kurang untuk membiayai para pelabur yang datang ke negara kita untuk membuat pelaburan.



LANGKAH-LANGKAH REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0


Sistem Pendidikan Tinggi

Pelajar di universiti hendaklah mempunyai pelbagai kemahiran sebelum menghadapi revolusi industri 4.0. Salah satu kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang pelajar di universiti adalah kemahiran dalam bertulis dan berkomunikasi secara lisan. Dengan cara ini, Kemahiran ini hendaklah dipraktikkan selalu kerana kebiasaanya insiden konflik terjadi apabila komunikasi tidak dijaga, penggunaan bahasa yang kurang dititkberatkan yang akan menyebabkan produktiviti sesuatu pekerjaan akan terjejas.

Oleh itu, pelajar yang menuntut di universiti hendaklah menguasai kemahiran bertulis serta komunikasi secara lisan, agar mereka mampu untuk mengendalikan sebarang masalah yang berlaku. Pelajar yang menuntut di universiti juga digalakkan untuk mempunyai pemikiran yang kreatif. Seseorang itu mestilah berani dalam mengemukakan sebarang bentuk cadangan, pandangan mahupun ulasan dalam sesuatu urusan. Malah, seseorang itu juga mestilah berani untuk menghadapi sebarang risiko dengan berfikiran secara kreatif. Manusia yang mempunyai pemikiran yang sangat kreatif, akan lebih memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menghadapi revolusi perindustrian 4.0 pada masa kini. Oleh itu, sistem pendidikan tinggi telah menyarankan pelajar untuk menerapkan elemen KBAT dalam diri pelajar.

Program Out Reach

Program Out Reach ini telah dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada organisasi yang terlibat dalam bidang perindustrian. Terdapat banyak pengisian yang telah dijalankan sepanjang Program Out Reach. Pada 15 Disember 2016, kerajaan telah mengadakan persidangan pembangunan dan rantaian bekalan antara syarikat multinasional dan pengusaha kecil dan sederhana.

Seterusnya, kerajaan juga telah melaksanakan program seminar pengeluaran pintar dan teknologi automasi serta seminar peluang perniagaan dan pengeluaran pintar pada tarikh 12 Januari 2017 dan 21 Februari 2017 oleh pihak MIDA. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga menyediakan inisiatif untuk para graduan untuk melibatkan diri dalam bidang pemasaran hasil kerjasama bersama institusi pendidikan serta pihak industri serta menyediakan peluang kepada Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menggunakan proses pengeluaran pintar agar dapat membantu PKS untuk menjadi sebuah industri yang mampu ke arah daya saing yang sangat baik dalam era globalisasi ini.

Kilang Pintar (Smart Factory)

Kilang pintar terdiri daripada kompenen IOT (Internet of iaitu Industri Teknologi Peranti Pintar, Ia merupakan Things) salah satu teknologi kawalan automatik yang digunakan dalam sistem teknologi serta kawalan untuk kegunaan di dalam industri  sebagai analoginya, mesin, jentera, mesin operator dan sebagainya. Dengan adanya kilang Pintar (Smart Factory). Secara tidak langsung akan membawa perubahan yang positif dalam sektor perindustrian di negara ini. Hal ini demikian  kerana Kilang Pintar ini akan meningkatkan produktiviti dalam sektor perindustrian di negara ini kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.


SUMBANGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

 Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development)

Revolusi perindustrian 4.0 telah banyak memberikan sumbangan dalam sektor penyelidikan dan pembangunan negara kita. Hal ini demikian kerana kepakaran para penyelidik serta penuntut universiti telah bergabung. Secara tidak langsung telah juga berjaya menghasilkan sesebuah inovasi di luar jangkaan. Perkara ini telah terbukti apabila para penyelidik telah menghasilkan Kenderaan Tanpa Pemandu Urban dan Autonomous Vehicle (AVI) yang berpotensi untuk memajukan kemajuan teknologi di negara ini.


Kejayaan dalam bidang ICT

Perlaksanaan Revolusi perindustrian 4.0 telah menyebabkan Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi pada tahun 2017. Hal ini demikian, bilangan penggunaan internet yang semakin meningkat melalui telefon pintar, tablet, pc, komputer riba, secara tidak langsung juga akan menyebabkan perkhidmatan online sebagai analoginya, e-dagang berkembang dengan lebih maju kehadapan. Malah, para peniaga akan berasa tenang dan yakin untuk berniaga secara atas talian melalui perkhidmatan e-dagang ini.


Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

Terdapat banyak kejayaan yang telah dicapai oleh institusi-institusi yang berada di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Kejayaan yang telah dicapai oleh penuntut Institusi latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah membuktikan bahawa penuntut institusi tersebut mempunyai kemampuan untuk berdaya saing secara sihat di peringkat kebangsaan, berkemungkinan juga berupaya untuk mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Salah satu daripada kejayaan mereka adalah memperoleh 'Medalion for Excellence (MFE) Award dalam pertandingan 'ASEAN Skills Competition (ASC) di Thailand.


KESIMPULAN

Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa berdasarkan maklumat dalam blog ini kami telah memperoleh banyak kefahaman tentang Revolusi Perindustrian 1.0, 2.0, 3.0 dan akhir sekali lebih teliti memahami revolusi perindustrian 4.0. Sehubungan dengan itu, Revolusi Perindustrian 4.0 memberi banyak pengetahuan kepada kami. Seperti yang boleh kita lihat, kita dapat mengetahui faktor tercetusnya revolusi perindustrian 4.0,  kami juga dapat mengetahui kesan, cabaran dan langkah-langkah untuk mengembangkan industri dalam negara semakin maju serta dapat mengetahui sumbangan terhadap revolusi perindustrian 4.0. Justeru, semua pihak mestilah berganding bahu mengekalkan revolusi perindustrian 4.0 supaya negara kita sama maju dengan negara lain. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

CADANGAN

Pihak industri perlu menyamaratakan pekerjaan antara manusia dan robot.

Perlu melahirkan robot yang tinggi teknologinya.

Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya jika pihak industri lebih mengutamakan perkhidmatan robot berbanding menggunakan perkhidmatan manusia.

 

 

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kesan Revolusi Industri4.0

Revolusi peindustrian telah membawa banyak perubahan terhadap sektor perindustrian. Namun hal yang demikian, perubahan tersebut membawa ke a...