Jumaat, 13 Januari 2023

Kesan Revolusi Industri4.0

Revolusi peindustrian telah membawa banyak perubahan terhadap sektor perindustrian. Namun hal yang demikian, perubahan tersebut membawa ke arah sama ada impak positif mahupun sebaliknya. 

Kesan Ekonomi

Pada zaman revolusi industri 4.0, perkembangan teknologi negara akan lebih maju serta menarik orang luar untuk berkolaborasi bersama dengan syarikat yang ditawarkan di Malaysia. Dengan cara ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada pendapatan ekonomi negara kerana hasil keluaran industri lebih cepat disebabkan oleh perkhidmatan robot. Manakala pada kesan negatif akan menyebakan kekurangan pekerjaan terhadap manusian kerana apabila menggunakan robot perkejaaan akan lebih cepat disebabkan mereka tidak rasa kepenatan untuk menjalankan kerja.


Perdagangan Antarabangsa Meningkat

Sudah terang lagi bersuluh, revolusi perindustrian 4.0 juga memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan. Sebagai analoginya, sesetengah hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk dengan membuat promosi melalui internet supaya dapat meluaskan pasaran.

 

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PERINDUSTRIAN 4.0


Penggunaan Teknologi yang Rendah

Antara cabaran yang dihadapi oleh negara kita Malaysia dalam mencapai kemajuan dalam Revolusi Perindustrian 4.0 adalah negara kita masih tidak mampu untuk menonjol apabila bersaing dengan negara maju seperti China, Korea, Jepun dan negara-negara lain di mana negara maju tersebut ini merupakan negara yang kaya dengan bidang teknologi yang canggih disebabkan oleh penggunaan serta kemahiran dalam bidang teknologi yang rendah oleh rakyat Malaysia. Hal ini demikian rakyat Malaysia pada masa kini masih belum menguasai kemahiran ICT (perkomputeran) dengan baik, malah masih belum mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak mengenai sains dan teknologi. Ini menyebabkan negara kita masih bergantung kepada teknologi daripada luar negara yang mempunyai teknologi yang maju serta moden kerana negara kita masih belum berusaha untuk membangunkan teknologi tersendiri.

 

Selain itu, negara ini juga mempunyai kekurangan bilangan tenaga kerja yang mahir untuk berkhidmat di dalam bidang perindustrian. Malaysia belum berusaha untuk melahirkan golongan tenaga kerja yang mahir sepertimana di negara lain yang telah mencapai kemajuan dalam pembangunan teknologi pada zaman era pemodenan ini. Ini menyebabkan negara kita masih bergantung kepada negara luar untuk menampung jumlah tenaga kerja mahir dari luar negara. Hal ini demikian kerana kerajaan Malaysia masih belum membuat persediaan yang cukup mengenai kemahiran tenaga kerja dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 yang mengakibatkan negara kita masih berada dalam kedudukan yang tercorot dalam bidang kemahiran tenaga kerja serta teknologi moden. 

Seterusnya, negara kita juga mempunyai masalah dari segi mengukuhkan kewangan negara. Nilai mata wang negara akan mengalami kejatuhan nilai mata wang, kenaikkan nilai mata wang ataupun nilai mata yang  kukuh. Terdapat beberapa pendapat netizen yang menganggap bahawa kerosotan nilai mata wang merupakan sebuah petanda buruk dalam pasaran saham negara, malah ada juga yang berpendapat bahawa nilai mata wang yang stabil adalah lebih baik. Sebaliknya, sesebuah industri tidak mampu untuk berdaya saing dengan negara luar yang jauh lebih maju seperti Jepun, secara tidak langsung akan mengakibatkan pekerja kilang atau industri kehilangan pekerjaan sekiranya nilai mata wang kukuh dalam sistem ekonomi sebenar. Selanjutnya, negara kita akan mempunyai masalah dalam usaha untuk menarik pelabur asing untuk melaksanakan pelaburan di Malaysia, hal ini kerana kita masih mempunyai modal yang kurang untuk membiayai para pelabur yang datang ke negara kita untuk membuat pelaburan.



LANGKAH-LANGKAH REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0


Sistem Pendidikan Tinggi

Pelajar di universiti hendaklah mempunyai pelbagai kemahiran sebelum menghadapi revolusi industri 4.0. Salah satu kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang pelajar di universiti adalah kemahiran dalam bertulis dan berkomunikasi secara lisan. Dengan cara ini, Kemahiran ini hendaklah dipraktikkan selalu kerana kebiasaanya insiden konflik terjadi apabila komunikasi tidak dijaga, penggunaan bahasa yang kurang dititkberatkan yang akan menyebabkan produktiviti sesuatu pekerjaan akan terjejas.

Oleh itu, pelajar yang menuntut di universiti hendaklah menguasai kemahiran bertulis serta komunikasi secara lisan, agar mereka mampu untuk mengendalikan sebarang masalah yang berlaku. Pelajar yang menuntut di universiti juga digalakkan untuk mempunyai pemikiran yang kreatif. Seseorang itu mestilah berani dalam mengemukakan sebarang bentuk cadangan, pandangan mahupun ulasan dalam sesuatu urusan. Malah, seseorang itu juga mestilah berani untuk menghadapi sebarang risiko dengan berfikiran secara kreatif. Manusia yang mempunyai pemikiran yang sangat kreatif, akan lebih memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menghadapi revolusi perindustrian 4.0 pada masa kini. Oleh itu, sistem pendidikan tinggi telah menyarankan pelajar untuk menerapkan elemen KBAT dalam diri pelajar.

Program Out Reach

Program Out Reach ini telah dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada organisasi yang terlibat dalam bidang perindustrian. Terdapat banyak pengisian yang telah dijalankan sepanjang Program Out Reach. Pada 15 Disember 2016, kerajaan telah mengadakan persidangan pembangunan dan rantaian bekalan antara syarikat multinasional dan pengusaha kecil dan sederhana.

Seterusnya, kerajaan juga telah melaksanakan program seminar pengeluaran pintar dan teknologi automasi serta seminar peluang perniagaan dan pengeluaran pintar pada tarikh 12 Januari 2017 dan 21 Februari 2017 oleh pihak MIDA. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga menyediakan inisiatif untuk para graduan untuk melibatkan diri dalam bidang pemasaran hasil kerjasama bersama institusi pendidikan serta pihak industri serta menyediakan peluang kepada Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menggunakan proses pengeluaran pintar agar dapat membantu PKS untuk menjadi sebuah industri yang mampu ke arah daya saing yang sangat baik dalam era globalisasi ini.

Kilang Pintar (Smart Factory)

Kilang pintar terdiri daripada kompenen IOT (Internet of iaitu Industri Teknologi Peranti Pintar, Ia merupakan Things) salah satu teknologi kawalan automatik yang digunakan dalam sistem teknologi serta kawalan untuk kegunaan di dalam industri  sebagai analoginya, mesin, jentera, mesin operator dan sebagainya. Dengan adanya kilang Pintar (Smart Factory). Secara tidak langsung akan membawa perubahan yang positif dalam sektor perindustrian di negara ini. Hal ini demikian  kerana Kilang Pintar ini akan meningkatkan produktiviti dalam sektor perindustrian di negara ini kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.


SUMBANGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

 Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development)

Revolusi perindustrian 4.0 telah banyak memberikan sumbangan dalam sektor penyelidikan dan pembangunan negara kita. Hal ini demikian kerana kepakaran para penyelidik serta penuntut universiti telah bergabung. Secara tidak langsung telah juga berjaya menghasilkan sesebuah inovasi di luar jangkaan. Perkara ini telah terbukti apabila para penyelidik telah menghasilkan Kenderaan Tanpa Pemandu Urban dan Autonomous Vehicle (AVI) yang berpotensi untuk memajukan kemajuan teknologi di negara ini.


Kejayaan dalam bidang ICT

Perlaksanaan Revolusi perindustrian 4.0 telah menyebabkan Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi pada tahun 2017. Hal ini demikian, bilangan penggunaan internet yang semakin meningkat melalui telefon pintar, tablet, pc, komputer riba, secara tidak langsung juga akan menyebabkan perkhidmatan online sebagai analoginya, e-dagang berkembang dengan lebih maju kehadapan. Malah, para peniaga akan berasa tenang dan yakin untuk berniaga secara atas talian melalui perkhidmatan e-dagang ini.


Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

Terdapat banyak kejayaan yang telah dicapai oleh institusi-institusi yang berada di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Kejayaan yang telah dicapai oleh penuntut Institusi latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah membuktikan bahawa penuntut institusi tersebut mempunyai kemampuan untuk berdaya saing secara sihat di peringkat kebangsaan, berkemungkinan juga berupaya untuk mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Salah satu daripada kejayaan mereka adalah memperoleh 'Medalion for Excellence (MFE) Award dalam pertandingan 'ASEAN Skills Competition (ASC) di Thailand.


KESIMPULAN

Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa berdasarkan maklumat dalam blog ini kami telah memperoleh banyak kefahaman tentang Revolusi Perindustrian 1.0, 2.0, 3.0 dan akhir sekali lebih teliti memahami revolusi perindustrian 4.0. Sehubungan dengan itu, Revolusi Perindustrian 4.0 memberi banyak pengetahuan kepada kami. Seperti yang boleh kita lihat, kita dapat mengetahui faktor tercetusnya revolusi perindustrian 4.0,  kami juga dapat mengetahui kesan, cabaran dan langkah-langkah untuk mengembangkan industri dalam negara semakin maju serta dapat mengetahui sumbangan terhadap revolusi perindustrian 4.0. Justeru, semua pihak mestilah berganding bahu mengekalkan revolusi perindustrian 4.0 supaya negara kita sama maju dengan negara lain. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

CADANGAN

Pihak industri perlu menyamaratakan pekerjaan antara manusia dan robot.

Perlu melahirkan robot yang tinggi teknologinya.

Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya jika pihak industri lebih mengutamakan perkhidmatan robot berbanding menggunakan perkhidmatan manusia.

 

 

 




Komponen Utama

 Komponen Utama Revolusi Perindustrian Ke-4

Untuk merealisasikan revolusi ini, terdapat 9 tonggak utama dalam membangunkan teknologi ke arah pembaharuan dan lebih pintar;

Robotik Autonomi (Autonomous Robot)

Penggunaan robot dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia.

Simulasi (Digital Twin)

Sistem simulasi akan lebih dibangunkan untuk bersifat ‘real-time’ samada dalam penggunaan mesin, penciptaan objek maya manusia ataupun produk. Sekaligus akan mengoptimumkan kendalian program dibawah pengawasan, mengurangkan potensi masalah yang bakal berlaku dan menjimatkan masa serta tenaga kerja.

Teknologi awan (Cloud computing)

Banyak syarikat telah pun melaksanakan teknologi ini dan akan terus ditambah baik potensi dalam penyimpanan data di Industri 4.0 kerana kebanyakannya seperti Digital Twin dan Internet of Things memerlukan perkongsian data di seluruh mesin, tapak dan sempadan syarikat. Dengan peningkatan teknologi awan, lebih banyak mesin dan data pengeluaran akan dikerahkan ke awan yang akan menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan memastikan keberadaan data pada bila bila masa sahaja.

Integrasi Sistem

Walaupun sistem IT hari ini jauh daripada terintegrasi sepenuhnya, dengan Industri 4.0, syarikat, jabatan, fungsi, pembekal dan pelanggan akan menjadi lebih kohesif dan bersambung. Dengan integrasi sistem mendatar dan menegak, maklumat dan pengetahuan akan dapat berjalan lancar melalui keseluruhan rangkaian bekalan dan meningkatkan kerjasama antara industri R & D , pihak pengeluaran, pelanggan dan pembekal. Ini bermaksud, segala yang berkaitan akan bersambung untuk memudahkan urusan pihak tertentu dan mencapai objektif kelancaran sistem pengeluaran.

Industri Teknologi Peranti Pintar (Internet of things)

Ia boleh dihuraikan sebagai rangkaian peranti yang mempunyai kecerdasan tersendiri, yang membolehkan komunikasi antara mesin atau peranti. Ia menggabungkan pembelajaran mesin, teknologi big data, data sensor, mesin untuk komunikasi dan teknologi automasi. Berbanding  manusia, mesin pintar yang terhubung dapat mengumpul dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat dan konsisten.

 

Sekuriti Siber

Dengan peningkatan teknologi rangkaian, risiko ancaman siber dan serangan siber juga akan meningkat. Oleh itu, adalah penting setiap syarikat untuk memberi tumpuan kepada keselamatan siber dan mengetahui bagaimana mereka boleh melindungi data mereka dan meminimumkan risiko yang berkaitan.

Pembuatan Additif (Percetakan 3D)

Pembuatan bahan tambahan Industri 4.0 seperti percetakan 3D akan digunakan untuk menghasilkan produk berbingkai yang lebih kecil  mengikut kesesuaian dengan berat  yang ringan atau reka bentuk kompleks, prototaip dan banyak lagi.

Realiti Maya (Augmented Reality)

Industri ini akan memainkan peranan penting dalam industri 4.0, kerana ia dapat membantu menyediakan maklumat visual yang tepat dalam masa yang tepat kepada orang yang tepat dan di tempat yang tepat.Penyelesaian ini  boleh digunakan dengan peranti handhold seperti telefon pintar dan tablet, atau bersepadu dalam produk seperti cermin mata atau lain-lain. Teknologi ini akan memberikan lebih banyak kelenturan, kesesuaian, peningkatan dan daya saing faktor manusia dan penambahbaikan yang berterusan. Ini juga akan membawa kepada pengurangan kecacatan dalam gerak kerja yang sesuai untuk industri perkhidmatan dan penyelenggaraan, dan mengurangkan potensi ‘error’ dalam melatih teknologi ini kepada pekerja baru.

Analisis data besar (Big data)

Data besar telah menjadi kata kunci popular, yang mungkin anda jumpai selama beberapa tahun ini. Syarikat-syarikat telah mula mengumpul dan menganalisis set data besar dengan niat untuk mengoptimumkan kualiti pengeluaran, penjimatan tenaga, mengurangkan kos pengeluaran dan lain-lain. Dengan peningkatan bilangan sensor bersepadu ke arah memudahkan pengilangan mesin dan produk, ia akan dapat meningkatkan kuantiti juga kualiti data. Dengan analisis data yang besar, ia akan dapat mengekstrak maklumat berharga daripada set data yang besar dan mencapai perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan kualiti produk dalam masa yang lebih singkat serta mengurangkan kos.

Sumber rujukan:

https://www.weforum.org/about/the-fourth-industrial-revolution-by-klaus-schwab

https://bendahari.ump.edu.my/index.php/en/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0

 


Pengenalan

 “Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0, merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data dan automasi robot.”






-The Fourth Industrial Revolution oleh Klaus Schwab, Pengasas Esekutif WEF (World Economic Forum) 

 


PENGENALAN

Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.

 

SEJARAH

Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Sejarah revolusi bermula pada 1800 (1760-1830), Industri 1.0 adalah mengenai kuasa wap untuk digunakan dalam kilang-kilang. Ia bergantung lebih kepada kegunaan air ataupun wap yang berupaya menggerakkan jentera berasaskan kuasa wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Maka terciptalah steam engine yang turut membawa perubahan besar kepada sistem pengangkutan selain jentera-jentera lain yang berupaya pula meningkatkan aktiviti perindustrian.

Manakala Industri 2.0 pada tahun 1900 (sekitar 1870-1914) pula menggunakan kuasa elektrik. Perkembangan teknologi yang melibatkan kuasa eletrik jelas membawa satu lagi lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan besar-besaran sepertimana pada hari ini.  Revolusi Industri 3.0 pada tahun 2000 menggunakan komputer dan teknologi maklumat.  Di peringkat akhir revolusi ketiga timbul pula teknologi automasi, yakni satu keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia dimuatkan dengan program komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang.

 

Pada tahun 2016 bermula Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem berbentuk siber-fizikal. Industri 4.0 iaitu tentang penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya. Ia melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

 

Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Dengan kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.

 

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini berlaku melalui tiga ciri utama iaitu velocity atau kelajuan, breadth and depth atau keluasan dan kedalaman serta systems impact atau impak menyeluruh. Ini menyebabkan dunia pada masa hadaapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena baharu seperti seperti autonomous car, quantum computing dan artificial intelligence.

 

Klaus Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0 yang merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.

 

RANGKA KERJA STRATEGIK

Rangka kerja strategik yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi menghadapi gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) memandangkan ianya akan menambahkan jumlah pendapatan negara kepada RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun akan datang. Industri 4.0 yang didorong oleh revolusi digital atau internet melalui aplikasi sistem siber fizikal yang bukan hanya tertumpu pada sektor pembuatan malah akan turut melibatkan sektor perkhidmatan. Revolusi ini merupakan kesinambungan daripada revolusi perindustrian ketiga yang berteraskan sistem elektronik dan teknologi maklumat. Trend revolusi keempat bermula daripada negara-negara perindustrian maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan Amerika Syarikat yang kini berkembang kepada negara-negara seperti China, Korea Selatan dan Singapura.

 

Pemangkin Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan kemajuan dalam bidang autonomous robots, big data, augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran.

 

INISIATIF BERHUBUNG INDUSTRI 4.0

 

Kerajaan telah mengadakan beberapa inisiatif berhubung Industri 4.0 termasuk :

 

Pertama : mengisytiharkan tahun 2017 sebagai tahun ekonomi internet Malaysia. Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencecah 17.8% pada 2015 dah hampir merealisasikan sasaran 18.2% yang ditetapkan untuk tahun 2020. Sebanyak RM162 juta telah diperuntukkan di dalam Bajet 2017 bagi berbagai program seperti eko sistem e-dagang, digital maker movement serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai hub digital Malaysia.

 

Kedua : penubuhan digital free trade zone yang pertama di dunia yang diterajui oleh MDEC yang menggabungkan zon fizikal dan maya dengan penambahan perkhidmatan online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa dan merangsang inovasi berteraskan internet. Digital free trade zone ini dilancarkan hari Rabu, 22 Mac 2017 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bersama kehadiran Jack Ma dari Ali Baba.com.

 

Ketiga : merangkan pelan hala tuju strategik kebangsaan tentang internet of things yang diterajui oleh MIMOS. Pelan ini diunjur menjana sejumlah RM9.5 bilion kepada pendapatan negara kasar menjelang 2020 serta menyediakan 14,270 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Melalui pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan oleh MITI, lebih banyak syarikat pengeluar peralatan bagi penggunaan internet dan sensor dijangka melabur di negara ini untuk mewujudkan ekosistem serba kondusif bagi industri IOT.

 

PROGRAM OUT REACH

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan agensi juga telah mengadakan program out reach kepada pihak-pihak yang berkepentingan di dalam Industri 4.0. Antaranya:

 

•                Persidangan pembangunan dan peluang rantaian bekalan antara syarikat multinasional dan pengusaha kecil dan sederhana pada 15 Disember 2016.

•                Seminar pengeluaran pintar dan teknologi automasi pada 12 Januari 2017 oleh MIDA.

•                Seminar berhubung peluang perniagaan dan pengeluaran pintar pada 21 Februari 2017 juga oleh MIDA

•                Bekerjasama dengan institusi pendidikan dan teknikal serta industri bagi pembangunan bakat dan bidang teknologi baru, digital dan kejuruteraan bagi menyediakan graduan tersedia untuk pasaran kerja dalam pengeluaran pintar. Sebagai contoh Malaysia memerlukan 2 ribu saintis data, data scientist menjelang 2020 ; dan

•                Memberi tumpuan kepada PKS bagi menerima pakai proses pengeluaran pintar. Ianya penting untuk membangunkan PKS yang berdaya tahan dan mampan ke arah mencapai pertumbuhan inklusif dan seimbang.

 

MITI dalam merangka polisi nasional dan pelan tindakan menyeluruh bagi Industri 4.0 dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan bagi memanfaatkan sumber sedia ada. Polisi nasional berkenaan dijangka akan diumumkan pada akhir tahun 2017 dan diharapkan ia menjadi salah satu pemangkin untuk memastikan jumlah pendapatan negara mencapai RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun akan datang.

 

Kita harus bertindak dengan cara komprehensif, melibatkan semua pihak seluruh dunia, dari sektor awam dan swasta kepada akademik serta masyarakat keseluruhannya. Pada Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini, ramai pakar melihat tugas hakiki manusia akan digantikan oleh tenaga robotik, jutaan manusia hilang kerja terutamanya di sektor pengilangan. Justeru itu, semua pihak perlu bersedia dengan reskill supaya pekerja-pekerja ini terus memberi sumbangan. Berdasarkan sejarah, Malaysia dan negara-negara Asean sebelum ini bersandarkan kepada pekerja berkemahiran rendah dan murah sebagai tarikan pasaran mereka. Menyebabkan Asean terdedah kepada pengangguran jika segalanya bertukar kepada automatik pada revolusi perindustrian keempat.

 

UPGRADING AND UP SKILLING TENAGA-TENAGA KERJA

Program-program yang dirancangkan untuk meningkatkan lagi atau upgrading and up skilling tenaga-tenaga kerja sekarang dalam jangka pendek ini. Langkah-langkah dari segi penyediaan graduan untuk ke arah menyediakan tengaa kerja dalam masa jangka pendek. Usaha-usaha yang dilaksanakan secara blue ocean dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan juga Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan berlaku penyelarasan terhadap keperluan ini. Antaranya melahirkan data scientist agar kita akan ketinggalan dari segi Industri 4.0 ini.

 

PRESTASI KEJAYAAN

Prestasi ini boleh diukur dengan kejayaan-kejayaan yang wujud dalam negara kita. Pelaburan pihak-pihak syarikat di luar menganggap Malaysia sebagai salah satu pusat, ada angka dan kajian mengatakan yang terbaik dalam dunia dari segi pelaburan. Malaysia menyediakan segala prasarana yang mencukupi, prasarana moden yang mencukupi dari segi sistem jalan raya dan juga misalnya national broadband penetration rate yang dikeluarkan data oleh KKMM pada Jun 2016 ialah 77.3%. Ini juga menunjukkan bagaimana prestasi persiapan kita untuk menghadapi Industri 4.0.

 

Untuk memudahkan memahami apakah maksud Industri 4.0 ini. Dalam bahasa yang mudah ia dipanggil sebagai smart factory atau kilang pintar. Bagi mewujudkan kilang pintar, kita perlu ada bangunan pintar, kita perlu ada logistik pintar, kita perlu ada pejabat pintar dan tentunya kita perlu ada modal insan yang pintar untuk ke arah itu.

 

KILANG PINTAR (SMART FACTORY)

Kilang-kilang boleh menjadi lebih pintar menerusi aplikasi alat yang digunakan bagi inisiatif Industri 4.0 dan Internet of Things (IOT). Kilang-kilang pintar akan meningkatkan produktiviti kakitangan, menambahbaik pengurusan tenaga, menganalisa prediktif penyelenggaraan, melaksanakan semakan inventori, mengkaji untuk meminimakan masa ketergendalaan dan melaksanakan integrated remote operation. Fenomena IOT ini merupakan gelombang internet seterusnya yang berpotensi untuk memberi kesan positif kepada hampir setiap industri daripada pertanian kepada penjagaan kesihatan, serta melibatkan komuniti perniagaan dan masyarakat umum.

 

Kilang-kilang pintar akan menjadi lebih responsive terhadap permintaan pengguna dan beroperasi dalam keadaan yang lebih kos berkesan dengan memanfaatkan pemusatan teknologi seperti big data analysis, cloud solutions, embedded system, mobiliti dan kesalinghubungan rangkaian. Sedang industri mencapai kemajuan dalam membangunkan dan memanfaatkan perkilangan pintar, beberapa cabaran yang melibatkan peraturan/pematuhan, kesediaan infrastruktur dan keperluan keselamatan siber perlu ditangani untuk memudahkan pemerolehan kompetensi, kapasiti dan peluang pasaran baharu di kalangan pemain industri di Malaysia agar kadar pertumbuhan yang lebih tinggi dalam IOT dapat dicapai.

 

MENUJU TN50

Menjengah masa depan, ke arah Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital Menuju TN50, dunia kini berada dalam transisi, yang bakal menyaksikan massive structural change dan membawa bersamanya teknologi yang bersifat disruptif dan breakthrough; Daripada robotik dan artificial intelligence kepada teknologi nano; daripada the Internet of Things kepada analitik kesihatan, yang membawa satu quantum leap kepada kehidupan kita. Ketika itu, negara bakal menikmati kebestarian kehidupan, merangkumi pelbagai bidang seperti smart energy, smart mobility, smart healthcare, smart infrastructure, smart governance and smart citizens.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat. Beliau berkata Revolusi Perindustrian Keempat telah menggugat model lama perniagaan, terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad. Sambil memberikan contoh di China, beliau berkata seseorang itu boleh menggunakan telefon pintar untuk membeli apa sahaja dengan lebih mudah dan selesa sama ada di bazar atau secara dalam talian seperti Amazon. Beliau menggambarkan inilah gaya hidup yang akan diamalkan di Malaysia pada masa depan. Inilah perubahan yang akan menimbulkan gangguan yang kita harus pastikan rakyat bersedia menghadapinya.



PERKHIDMATAN AWAM

Kesemuanya ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi respon segera kepada pelbagai teknologi yang mengkacauganggu, atau bersifat disruptif ini dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar lagi multi-dimensional serta kombinasi top-down dan bottom-up, inside-out serta outside-in, khususnya dalam penggubalan dasar, regulasi baharu yang merangkumi hak dan privasi pelanggan, keselamatan, pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar.

 

SISTEM PENDIDIKAN TINGGI

Mendepani cabaran Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, pelajar di universiti mesti keluar daripada kebiasaan. Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu Critical Thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration dan Creativity pada semua peringkat pengajian, termasuk di menara gading. Jika di sekolah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi nadi, pelajar di universiti hendaklah berkemahiran 4C mesti diasah setiap penjuru kehidupan, di kolej kediaman, dewan kuliah, merentasi aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di padang sukan.

 

Sebagai persiapan menghadapi cabaran Industri 4.0, pelajar di universiti perlu mempertimbangkan tindakan berikut.

 

·       Tajamkan kemahiran penyelesaian masalah kompleks

Sembilan teras Industri 4.0 boleh dirumuskan dengan satu perkataan, iaitu kompleks. Apakah itu masalah yang kompleks? Masalah yang kompleks diukur menerusi kelebaran julat konflik yang terlibat, kedalaman analisis dan pengetahuan diperlukan, keterlibatan isu yang unik, keperluan mematuhi piawaian ditetapkan, kehendak pengguna dan pemegang taruh pelbagai, impak penyelesaian terhadap pelbagai aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial, politik, etika, kesihatan dan kelestarian. Justeru itu, jelaslah siswa tidak lagi terikat dengan bidang pengajian dan peperiksaan semata-mata. Kebolehlenturan kognitif amat diperlukan agar masalah kompleks ditangani secara agresif dan holistik.

 

·       Kemaskan kemahiran komunikasi lisan, bertulis

Dengan IoT sebagai nadi, keupayaan berkomunikasi dengan efisyen secara lisan dan bertulis adalah kritikal. Suatu masa dahulu, mesyuarat bersemuka, tetapi hari ini diskusi kita di mana-mana. Banyak konflik akibat komunikasi, andai aspek bahasa dan seni komunikasi tidak diteliti. Dengan salah faham, terencatlah kerja berpasukan, kepemimpinan dan proses penyelesaian masalah. Maka, menjunamlah produktiviti organisasi, soal kualiti dan kuantiti. Selain teknologi, ketidakupayaan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris tidak lagi boleh dijadikan sempadan. Dengan lebih banyak kompetensi bahasa dimiliki, pelajar akan berdiri megah di arena globalisasi.

 

·       Kukuhkan diri sebagai pemimpin dan ahli pasukan

Penyelesaian masalah kompleks merentasi disiplin secara tuntas memerlukan kerjasama berpasukan cemerlang, sebagai ketua dan ahli pasukan yang berkesan. Selain pengetahuan teknikal, karisma dan kepemimpinan berinovasi adalah resipi kejayaan kerja berpasukan. Memimpin dan menjadi ahli pasukan yang baik memerlukan ilmu dan kemahiran. Di universiti, pelbagai peluang ditawarkan misalnya menerusi projek berkumpulan, selain kegiatan di kolej kediaman dan badan beruniform yang semuanya adalah peluang seluas lautan.

 

·       Kayakan diri dengan kepintaran emosi

Untuk Industri 4.0, bijak sahaja tidak memadai. Pekerja cemerlang bukan sahaja perlu mahir tindakannya dan penuh hikmah penuturannya, malah perlu pintar emosinya. Kepintaran emosi adalah keupayaan mengenalpasti dan mengurus emosi diri dan pihak lain dengan tiga teraju utama iaitu kesedaran, jaringan dan kawalan emosi. Kepintaran emosi kunci kejayaan hubungan sosial dan profesional. Bertegas tidak semestinya bermaksud seorang ketua perlu membaling fail, tidaklah juga bermaksud seorang ketua sunyi kata-kata apabila anak buah bermasalah.

 

·       Manfaatkan semua peluang, sentiasa kreatif

Peluang pada era Industri 4.0 adalah umpama emas yang bertaburan di jalanan, hanya menunggu siapa yang datang mengutipnya. Dengan Industri 4.0 menekankan misalnya aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang bakal mengisinya mestilah bijak merebut peluang, kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan dan berani ambil risiko.

 

Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0. Malaysia memerlukan institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu itu agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital. Pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus sahaja menjelang 30 tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.

 

Dalam seminar itu, Marmolejo turut memuji Malaysia selaku negara pertama merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu langkah ke hadapan, beliau menyifatkan pelan pembangunan pendidikan tinggi yang merangkumi 10 lonjakan itu sebagai rangka kerja naratif sangat baik bukan sahaja untuk masa depan tetapi hari ini.

 

MANFAAT KEPADA SEKTOR KOMODITI

 

Industri 4.0 adalah peluang untuk Malaysia membangunkan industri perladangan dan komoditi seperti minyak sawit, getah, kayu, koko atau lada. Sebenarnya, ia boleh digunakan secara meluas dan lebih daripada jangkaan kita. Sebagai contoh, minyak sawit dengan penderiaan yang digunakan bersama sistem melalui rangkaian komunikasi komputer, kita boleh mengesan produktiviti setiap pokok, bukan setakat setiap plot atau sebuah estet. Selain itu, ia boleh mengetahui tahap tekanan bagi setiap pohon sawit yang disebabkan cuaca kering atau hujan yang berpanjangan serta tindakan diperlukan seperti pengairan, pembajaan dan penggunaan racun perosak. Ini akan memberi kesan langsung kepada hasil buah tandan segar (FFB).

 

Apabila merujuk kepada penuaian dan pemindahan, dengan mempunyai mesin bersepadu yang boleh mengenal pasti secara tepat FFB yang sempurna masak, memotongnya daripada pohon sawit, mengumpul semua tandan tanpa buah gugur dan terus dihantar ke kilang secara autonomi. Ini akan meningkatkan hasil minyak secara dramatik dengan FFB yang sempurna masak tanpa lebam kerana tidak melalui banyak pengendalian serta kurang kehilangan buah tergugur. Pengurusan ladang yang dijalankan dari pusat kawalan dengan kurang pembabitan manusia secara langsung.

 

Melalui permintaan semakin meningkat untuk kebolehkesanan, penggunaan Industri 4.0 mungkin dapat membantu pengguna menentukan keaslian minyak sawit yang terkandung dalam sesuatu produk dengan menggunakan pengenalan melalui frekuensi radio (RFID) atau kod visual bagi mengetahui sama ada ramuannya dihasilkan secara mampan. Ia agak realistik untuk melihat penggunaan Industri 4.0 dalam proses pemerahan, penapisan dan oleokimia serta pengangkutan yang akan meningkatkan produktiviti, keselamatan serta kualiti.

 

Selain itu, Industri 4.0 juga boleh meringankan cabaran produktiviti dalam industri huluan dan hiliran getah. Sistem Penorehan Getah Automatik (ARTS) yang sedang menjalani percubaan sudah menunjukkan penetapan masa untuk penorehan, pengumpulan dan penggumpalan lateks serta penggunaan perangsang boleh dimekanisasikan, manakala pengumpulan dan penelitian data untuk setiap gram, toreh dan pokok (GTT) boleh membantu mengenal pasti tindakan diperlukan untuk meningkatkan hasil.

 

Pada masa sama, permintaan terhadap tenaga kerja asing boleh dikurangkan dengan automasi besar-besaran dalam pengeluaran sarung tangan getah, seperti dilakukan salah sebuah pengilang getah terkemuka negara, Hartalega. Automasi ini digunakan dengan jumlah tenaga kerja bagi setiap juta keping pada 2.6 di Pusat Generasi Baharu (NGC) di Sepang, berbanding beberapa kali ganda di kilangnya yang lain yang sedang ditingkatkan keupayaannya. Ini bermakna, terdapat lebih peningkatan produktiviti boleh dicapai dengan penggunaan IoT yang lebih hebat.

 

·       Memudahkan kerja

Penggunaan sistem penderiaan, komputer dan komunikasi pada kenderaan, dron dan jentera lain boleh dicapai sepenuhnya hari ini. Selain itu, penggunaan Sistem Pengesanan Global (GPS) dan rangkaian mudah alih dengan penghantaran data dan analisis data besar sudah menjadi perkara biasa. Sememangnya penggunaan jentera dan sistem sedemikian untuk tanaman tahunan yang ditanam di dataran jauh lebih mudah berbanding melakukan perkara sama untuk tanaman di kawasan lebih beralun seperti kelapa sawit dan getah. Namun, dengan fokus, kolaborasi dan peruntukan sumber yang tepat, ini tidak mustahil.

 

·       Cabaran tentukan perubahan

Kenyataannya, cabaran yang kita hadapi hari ini sudah memaksa kita untuk bertindak. Kekurangan tenaga kerja mengakibatkan kehilangan FFB dan hasil pengeluaran minyak. Potensi hasil sudah pun mendatar sementara kita bekerja mencari klon baharu melalui penyelidikan genomik yang dapat menyelesaikan masalah itu. Ditambah dengan tanah yang terhad untuk penanaman baharu dan keperluan mengekalkan perlindungan hutan selaras dengan janji COP 21 kita, satu-satunya pilihan kita adalah dengan meningkatkan produktiviti.

 

Sebagai permulaan, kita sangat memerlukan peralatan kejuruteraan untuk penuaian, pengumpulan buah dan pemindahan yang tidak terlampau canggih. Kedua-dua jenis ciptaan brownfield dan greenfield sedang dipertimbangkan melalui platform seperti Pertandingan Antarabangsa Kejuruteraan Sawit (ICOPM). Ini akan bertindak sebagai jambatan kepada Industri 4.0 pada masa hadapan. Sebagai sektor yang menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita mempunyai tanggungjawab memastikan kepentingan dan kemampanannya tidak berkurangan.

 

BAJET 2018

 

Kerajaan menyasarkan Malaysia menjadi ekonomi termaju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan nilaian ekonomi dan dagangan semasa berkembang RM2 trilion pada 2025 dan menikmati impak manfaat Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) secara ketara menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan berusaha melaksanakan Dasar Digital Malaysia sejajar hala tuju dunia di ambang Industri 4.0 dan era ekonomi digital. Justeru itu sebagai menyokong aktiviti pelaburan dan perniagaan Industri 4.0, kerajaan akan menyediakan geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan pengilangan pintar.

 

Futurise Centre di Cyberjaya juga akan diperkukuhkan sebagai pusat sehenti syarikat korporat dan universiti, untuk membangunkan prototaip produk serta melonjakkan daya inovasi.  Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut iaitu;

Pertama - melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200                                     peratus ke atas kelengkapan automasi dari tahun taksiran 2018 sehingga 2020.

Kedua - Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus untuk sektor pengilangan dan perkhidmatan berkaitan pengilangan; dan

Ketiga - Elaun Modal bagi peralatan ICT termasuk perbelanjaan pembangunan perisian komputer layak dituntut sepenuhnya mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020

 

Selaras dengan Industri 4.0, kerajaan turut mengumumkan geran RM5,000 untuk setiap pemandu teksi bagi membeli kereta baharu. Insentif yang membuktikan kerajaan mendengar rakyat, katanya, adalah untuk semua pemandu teksi berdaftar sedia ada yang berhasrat bertukar ke penggunaan aplikasi e-hailing.

 

PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI 4.0 MAI-MIDF

Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) melancarkan Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF bertujuan memacu pertumbuhan keseluruhan rantaian bekalan automotif. Ini  termasuk dalam bidang pengilang komponen, pembekal bahan-bahan serta rangkaian penjualan dan pengedaran. Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, kerjasama unik itu akan menggabungkan program pembangunan kapasiti pihaknya dengan kebolehan pembiayaan oleh MIDF untuk menawarkan satu program yang komprehensif. Kerjasama strategik ini adalah penting untuk menyokong komuniti automotif tempatan.

 

 

 

Kesan Revolusi Industri4.0

Revolusi peindustrian telah membawa banyak perubahan terhadap sektor perindustrian. Namun hal yang demikian, perubahan tersebut membawa ke a...